Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 14-Jul-2011 12:53
bila mama dpt daun PISANG ;)
sbn dah lama mama mencari2 daun pisang kt sini..

terbayang2 nasi lemak daun pisang, kuih-muih yg pelbagai yg dah lama mama x mkn..byk sbn kuih-muih tradisional yg memerlukan daun pisang cth lepat2 tu sume, kuih abok2, pulut panggang, kuih koci, tepung bungkus etc sumenya memerlukan daun pisang. tp kalu dah kempunan sangat mama buat jek kuih tu even lepat pun mama penah guna kukus dlm loyang kek! LOL x kisahla rupa x sama pun janji rasa ada...dah nama duduk kt negara org pandai2la nk idop huhuu :oh_god:



NASI LEMAK PULUT (version ctnik)
Resepi : ctnik @ http://www.myresipi.com/top/detail/15105

2 cawan beras biasa (long grain) - mama guna basmathi
1/2 cawan beras pulut siam
1 biji bawang merah besar/ 4 biji bawang merah kecik
1 inci halia
1 sudu kecik halba
3 helai daun pandan
1 sudu lada hitam (mama x buh)
1-2 biji bunga cengkih (mama x buh)
100-200 ml santan cair ikut jenis beras
2 sudu kecik garam
2 sudu kecik gula

CARA:
1. basuh beras biasa dan beras pulut bersama2
2. masukkan bawang merah,halia,halba,gula,garam dan daun pandan simpul ke dalam periuk nasi
3. Masak nasi mcm biasa dan bila masak siap dihidang bersama telur mata/rebus, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, ayam goreng, sambal bilis & ulam2an spt timun kangkung celur..

SAMBAL BILIS

cili kering secukupnya (rendam dlm air panas sampai lembut) *
2 biji bwg besar/5 biji bwg merah *
1/2 inchi belacan *
2-3 sudu besar ikan bilis *
1 biji bwg besar - mayang
1/2 cwn ikan bilis
garam, gula merah
nampla/fish sauce
sedikit air asam jawa

CARA:
1. blender kesemua bhn bertanda * hingga halus
2. panaskan minyak agak byk dlm pan, tumiskan bhn2 kisar sampai wangi n garing (terbit minyak) pastikan betui2 garing supaya sambal lebih sedap.
3. masukkan sedikit air asam jawa, garam & gula merah..gaul sebati
4. masukkan bilis, bwg & nampla, masak hingga sambal betui2 pekat. adjust rasa...
tips: mama x suke tambah air dlm sambal sbb prefer sambal yg tumis yg pekat2



KEPAK AYAM GORENG BEREMPAH (resepi asal: TEMPE GORENG BEREMPAH)
resepi asal: majalah saji/Kak Muza (FRD)

10-12 kepak ayam
10 ulas bwg merah - ditumbuk/kisar
3 ulas bwg putih - ditumbuk/dikisar
125gm rempah kari daging
1 sudu teh perencah ikan bilis
60gm tepung jagung (mama x sukat pun..main bubuh jekk)
1 sudu besar cili kisar
garam
sedikit air
500gm minyak masak (utk menggoreng)

CARA:
1. satukan bhn2 kisar/tumbuk dgn rempah kari, perencah ikan bilis, tepung jagung, air & garam..gaul rata & adunan mesti pekat
2. gaulkan kepak ayam bersama pes...perap seketika (mama perap semalaman supaya meresap rasa dlm kepak ayam)
3. panaskan minyak...goreng hingga perang & garing...toskan.

MEE GORENG BASAH

1 paket mee kuning
1 mangkuk udang (buang kulit)
secekak kangkung (atau bole juga guna sawi atau taugeh)
sedikit air
kicap kipas udang manis (byk)
kicap pekat (byk)
sedikit sos cili (mama guna brand sri racha)
serbuk pati ayam (optional)
garam & gula

bhn kisar:
5 ulas bwg putih
sedikit cili kering (rendam dulu dlm air panas sampai lembut)
sedikit belacan

CARA:
1. panaskan minyak agak byk dlm kuali, tumiskan bhn2 kisar sampai garing n pecah minyak.
2. masukkan sedikit air, kicap cair kipas udang agak byk, kicap pekat agak byk, sos cili sedikit, serbuk perasa & mee..gaul sebati...masukkan garam gula sekiranya perlu.
3. kemudian masukkan kangkung & udang, gaul n masak sebentar x perlu lama2 nnti overcooked. tutup api n hidangkan segera bersama kepak ayam goreng, ulam timun, bwg goreng & sambal tumis bilis.



LEPAT UBI KAYU
(mama buat skit jek so sukatan bhn2 mama adjust skit)
Resepi asal: rinnchan @ http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1523346

1 kg ubi kayu
2 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur atas api

CARA:
1. Ubikayu di buang kulit, dibersihkan dan diparut.
2. Perah parutan ubi kayu itu menggunakan kain. Buang airnya.
3. Satukan kesemua bahan, gaul rata.
4. Sudukan ke dalam daun pisang dan lipat seperti biasa. Kukus selama 1/2 jam.

LEPAT PISANG
(mama buat skit jek so sukatan bhn2 mama adjust skit)
Resepi asal: rinnchan @ http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1523346

8 biji pisang awak, dilecek(mama guna 2 bijik pisang asda SAIZ BESAR so anggaran 1 bijik pisang asda = 2 biji pisang awak)
2 sudu besar kelapa parut
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam

Daun pisang secukupnya, dilayur atas api.
*Sedikit kelapa parut digaul dgn secubit garam untuk inti. (mama x buh inti)

CARA:
1. Di dalam satu bekas gaulkan semua bahan kecuali daun pisang & inti.
2. Sudukan satu sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letakkan sedikit inti kelapa dan tutup semula dengan (mama skip this step sbb x buh inti)
satu sudu adunan. Bungkus kemas. Kukus selama 15 minit ke 20 minit.



KUIH KOCI
(mama buat skit jek so sukatan bhn2 mama adjust skit)
resepi asal: cik mat gebu @ http://www.tiffinbiru.com/2009/09/kuih-koci-pulut-hitam.html

BAHAN DOH
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (mama xde tepung pulut hitam so mama gantikan dgn tepung pulut biasa)
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah) - mama guna desiccated coconut tu jek
1 ketul gula melaka, dipotong kecil (mama guna dark muscavado sugar)
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA:
UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan. (mama kurangkan sukatan2 bhn2 sbb buat skit jek inti dia)
UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit. (mama kurangkan sukatan2 bhn2 sbb buat skit jek kulit doh dia)
UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus.(TIPS: yg ni mmg kine pakai byk minyak, kalu bole masa bungkus kuih tu celup tgn dlm minyak skit br bungkus supaya doh x melekat pada jari) Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit...



BUBUR PULUT HITAM

1 cwn pulut hitam (mama rendam semalaman)
air secukupnya
santan secukupnya
1 cwn susu ideal/susu segar
secubit garam
gula pasir secukupnya (adjust sendiri nk manis mana)
daun pandan - simpul

CARA:
1. satukan kesemua bhn dlm periuk, rebus atas api sederhana hingga pulut lembut..
2. sekiranya x cukup kuah, bole tambah air ikut suke adjust rasa manis dia..
mama kalu masak bubur mmg xde sukatan sume main campak2 jek huhuu

TAPAI PULUT DWI WARNA

1 1/2 cwn pulut biasa (rendam semalaman)
1/2 cwn pulut hitam (rendam semalaman)
sedikit gula dlm 2 s/b
1/2 biji ragi tapai saiz 20sen

CARA:
1. kukus beras pulut secara berasingan, sbb pulut biasa cepat lembut manakala pulut hitam lambat lembut..mama selalu kukus pulut x masukkan santan cukup sekadar dgn air separas dgn beras pulut. bila dah siap kukus, sejukkan pulut.
2. kemudian gaulkan kedua2 jenis pulut td dlm bowl,ayakkan ragi dgn cara gosok2 ia dlm penapis teh, gaul sebati pulut & ragi.
3. kemudian guna sudu yg kering isikan pulut ke dlm tupperware/daun pisang..taburkan sedikit gula atas tupperware kemudian tutup ia, balut dgn kain peram selama 2-3 ari.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016