Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 25-Apr-2011 12:27
resepi2 pilihan minum petang ~
hehe masa dok kemas kini FB tadi baru pasan ada few lg resepi2 yg lom update resepinya di fp huhuuuu so utk rujukan mama next time kalu nk buat for minum ptg ni resepi2 yg ringkas tp amat memuaskan hati :) sesuai la tuk mama yg x byk masa di dapur gara2 si cilik yg semakin manja huk3 $-) ;-)



PULUT SERIKAYA
resepi: kak hanieliza @ http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1463185

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam


Cara:
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.




ONDE-ONDE/BUAH MELAKA

tepung pulut secukupnya
secubit garam
pandan paste & pewarna hijau
sedikit air (utk menguli)
gula merah (utk inti)
kelapa parut (i guna dessicated coconut, kukus sekejap dlm microwave bersama sedikit air & garam hinggan lembut)

CARA:
1. gaulkan tepung, garam, pandan paste & pewarna bersama air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh yg mudah digentel
2. didihka air dlm periuk hingga menggelegak
3. sementara itu ambil sedikit doh, leperkan, buh inti gula perang di tghnya, kemudian gentel menjadi bulat spt 'guli'
3. masukkan ke dlm air mendidih, buat sehingga abes..sementara itu bolela angkat onde2 yg telah timbul atas permukaan air guna penapis teh & golekkan atas kelapa parut yg telah dikukus td. ulang hingga abes.



APAM PISANG
resepi : diana (c&p fr blog cik mat gebu) @ http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/03/apam-pisang.html

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara:
1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata.
2. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
4. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan
5. kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..



MURTABAK DAGING SEGERA
resepi : minami133@myresepi.com

100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
** sedikit kobis (cincang)
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara:
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

BAWANG JERUK

bwg besar (mayang)
pewarna merah
sedikit air masak
cuka masak
sedikit garam & gula

cara:
1. campurkan semua bhn, gaul dlm mangkuk, adjust rasa & kemudian perap semalaman.



PISANG GORENG BREADCRUMBS
resepi : kak niza london

beberapa bijik pisang (belah 2 atau 4)
bread crumbs
minyak utk menggoreng
2 s/b tepung tempura **
2 s/b tepung jagung **
4 s/b tepung naik sendiri **
sedkit garam **
air ais **

CARA:
1. bancuhkan bhn2 bertanda ** menjadi adunan yg tidak terlalu cair/pekat.
2. pisang yg dipotong td celup dlm adunan batter, kemudian golekkan atas breadcrumbs hingga rata kemudian goreng dlm minyak panas hingga perang. angkat & toskan




YORKSHIRE PUDDING INTI DAGING
Resepi : kak izan cardiff

12 pcs yorkshire pudding (guna yg ready made, i beli jek kt asda £1 sepaket heheee)
grated cheese secukupnya

inti:
daging cincang secukupnya
blackpepper (sedikit sahaja kalu x suke pedas)
bbq sauce (agak banyak)
cili sos (sedikit sahaja)
mayonis (agak byk)
beberapa titik kicap manis
sedkit garam

CARA:
1. panaskan pan, masukkan daging cincang masak hingga keluar semua air & kering.
2. tutup api, masukkan semua bhn2 lain utk inti, adjust rasa, gaul sebati..ketepikan.
3. sementara itu, panaskan oven ikut arahan pada pack yorkshire pudding tu, ambil setiap cup yorkshire pudding masukkan inti daging ke dlm cup, tekan bg penuh & rata..taburkan grated cheese atasnya...buat hingga abis
4. masukkan pudding ke dlm oven 4-5 min kemudian sedia utk mkn..



CUCUR UDANG
Resepi : chef norzailina (c&p fr dapur kak nita @ http://sudipkayu.blogspot.com/2008/08/cucur-udang.html )

Udang basah (dlm 10 ke 15 ekor)
100 gram tepung gandum
125 ml - 130 ml air rebusan kepala udang
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam

Cara:
1. Bersihkan udang. Ambil bhgn kepala udang dan rebus.
2. Dapatkan 125 ml -130 ml air udang tersebut. Sejukkan dan ketepikan.
3.Campurkan tepung, soda & garam. Bancuh perlahan2 dgn air rebusan kepala udang tadi. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. Yang sedang2 sajaaaa....
4. Masukkan minyak penuh kedalam kuali. Panaskan minyak dan rendam senduk yg nak dijadikan mould tu. Bila senduk tu cukup panas, amik sesudu bancuhan tepng dan bubuh dalam senduk, bubuhla udang tadi kata atas tepung tu. Goreng penuh dan cungkillah tepung dalam senduk tu dgn garfu secara perlahan2 semasa tepung separuh masak.
5. Kemudian, ulang proses memanaskan senduk tu, masukkan tepung, udang & goreng la sehingga siap!

© Pidgin Technologies Ltd. 2016