Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 7-Sep-2009 19:41
BISKUT RAYA 2009 (PART 2)
masih lgik cite pasal biskut raya..hehheee :->

actually terus terang i ckp mmg i hantu sekut raya! :lol_up: setiap kali menjelang raya, mmg juadah plg wajib ada atas meja semestinya KUIH RAYA...ketupat rendang xde pun xper lagik...masih buleh terima tp jgn xde biskut! :cry:
sejak zaman sek lg mmg dah jd kije i amek tender wat sekut raya kt umah...x tido mlm pun xper janji puas ati dpt tgk balang sekut bertimbun2 atas almari :lol_teethfull: mmg x risau pun tgk sekut bertimbun2 pasai kompen licin punya pasai tukang wat sekut ni org yg plg kuat membalun LOL :-D miahahahaa mcm skrg pun kalu setiap kalu berbuka & sahur tu, mesti nk jamah sepiring dua sekut :shy:

tahun ni mmg plg best & bersemangat wat sekut pasai next year maybe kitorang akan mkn sekut kering je kot bila dah ada si kecik :mkay: sblm mak yung berpantang next month akan ku balun sungguh2 sekut raya thn ni :devil_wagging:



TART GULUNG NANAS
resepi: cik mat gebu

440 g tepung gandum
50 g gula aising
2 kuning telur, dikacau hingga rata
230 g mentega ( i guna unsalted butter)
1 camca sebuk vanillin (atau esen vanilla)
Sedikit air jika perlu ( x buh)
Jem nenas untuk tat secukupnya, digentel2 sebesar biji kurma
hiasan: 1 kuning telur untuk disapu & biji poppy

CARA:

1.Satukan tepung, gula aising dan vanillin. Kacau rata. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 serbuk roti.
2.Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Kalau perlu tambah sedikit air (i x buh air)
3.Rehatkan doh 10 minit. Bahagi doh kepada 3 - 4 bahagian. Ambil satu bahagian doh, canai 1/3 cm. Kemudian gelek pula dengan penggelek tat (yang ada pattern garis2). Potong memanjang doh tadi selebar 1 inci. (i guna acuan tart)
4.Ambil 1 biji inti jem yang telah digentel tadi, letak atas doh dan gulung sehingga menutupi inti tadi. Potong dan alih ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur & tabur dgn biji poppy.
5.Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan (i bakar 150C fan oven). Alihkan tat atas jaringan sehingga sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

NOTE:
- kalau mahukan tart yg betui2 gebu, guna 100% butter, kalau nk yg sedang guna 50% butter & 50% marjerin, kalau nak yg rangup2 skit guna 100% marjerin..
- jam nanas pulak ngam2 sebijik nanas utk 1 adunan di atas, jam yg telah dimasak disyorkan disimpan dlm peti sejuk sekurang2nya semalaman supaya senang utk digentel
- utk dptkan kaler jam yg gelap,tambahkan sedikit gula perang.




BISKUT ALMOND LONDON

300gms butter
100gms gula halus
150gms tepung jagung
330gms tepung naik sendiri
Badam (bakar dulu)
Hiasan: mangkuk kertas, badam cincang (bakar dulu) & choc masakan

CARA:
1.Pukul butter & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
3.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ) amek sedikit doh, leperkan & masukkan sebiji badam kemudian bentukkan lonjong. Buat sampai habis ..
4. bakar dlm oven dlm 25-30 min sampai keperangan ...sejukkan dulu. kemudian cairkan choc masakan, celup biskut dlm cokelat & masukkan dlm mangkuk kertas..taburkan badam cincang di atasnya. biarkan choc masakan mengeras br simpan biskut dlm balang kedap uadara

NOTE:
- kalau ada top flour, better gantikan tepung naik sendiri dgn top flour..since kt sini xde so i guna tepung naik sendiri jek
- kalau nak mudah masa celup biskut dlm choc masakan, celup bhgn bwh biskut dulu & buh dlm mangkuk kertas, kemudian guna hujung sudu kecik isikan choc masakan sampai menutup keseluruhan biskut, kepitkan biskut dgn mangkuk & taburkan badam cincang.



BISKUT CHOC PEANUT BUTTER

280gms butter
20gms shortening
270gms gula halus
½ cwn serbuk koko
2cwn tepung naik sendiri
1 ¾ cwn tepung jagung
Inti& hiasan: peanut butter, choc masakan & kepingan badam

CARA:
1.Pukul butter, shortening & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan serbuk koko, tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
3.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ) amek sedikit doh, leperkan & gunakan hujung sudu kecil masukkan sedikit peanut butter sbgn inti, bulat2kan biskut kemudian tekan sedikit bg leper. Buat sampai habis ..hias dgn kepingan badam
4. bakar dlm oven dlm 25-30 min sampai keperangan ...sejukkan dulu & baru lorek dgn coklat masakan. setelah cokelat mengeras, bulehlah simpan dlm balang.

NOTE:
- biskut ni sedap kalau buh inti byk2, br terasa peanut butter...



BISKUT CORNFLAKES LEBARAN

300gms butter
230gms gula halus
2 biji kuning telur
2 s/k vanilla
200gms cornflakes kisar halus
150 gms tepung jagung
350 gms tepung naik sendiri
Hiasan : mangkuk kertas, ceri merah & cornflakes kisar kasar

CARA:
1.Pukul butter & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan kuning telur & vanilla, kacau sebati.
3.Masukan cornflakes kisar, tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
4.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ) amek sedikit doh, bulat2kan & golekkan dlm cornflakes hancur. Masukkan dlm mangkuk kertas & hias dgn ceri merah. Buat sampai habis ..
5.Bakar dlm oven dlm 25-30 min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang

NOTE:
- 1 adunan biskut ni dpt agak byk dlm 200 pcs
- kalau nk dptkan biskut yg rasa sedap n bersusu, gunakan 100% butter.



BISKUT KASTAD AIDILFITRI

300gms butter
180 gms gula halus
2 biji kuning telur
150gms tepung kastad
150gms tepung jagung
230 gms tepung naik sendiri
Hiasan: kuning telur, choc rice & ceri merah

CARA:
1.Pukul butter & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan kuning telur kacau sebati.
3.Masukan kastad, tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
4.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ) terapkan doh dgn acuan, susun atas dulang pembakar...sapu sedikit kuning telur, hias dgn ceri merah & choc rice
5. Bakar dlm oven dlm 25-30 min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang.



BISKUT SUJI/SEMOLINA

150 gms butter
100 gms ghee
120 gms gula halus
2 biji kuning telur
1 s/k vanilla
50gms serbuk gajus/badam
200 gms tepung semolina halus (tepung suji)
100 gms tepung jagung
150 gms tepung naik sendiri
Hiasan : gula manik

CARA:
1.Pukul butter, ghee & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan kuning telur & vanilla , kacau sebati.
3.Masukan serbuk badam, tepung suji/semolina, tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
4.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ) terapkan doh dgn acuan, susun atas dulang pembakar...hias dgn gula manik
5. Bakar dlm oven dlm 20-25 min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang

NOTE:
- so far yg i tau, biskut suji ni ada 2 version..satu yg guna tepung suji & satu lg ala2 biskut arab guna 100% ghee..tp i suke biskut suji yg guna tepung semolina, lebih keras & rangup berbanding biskut arab.
-biskut ni mmg rasa 'kosong' skit tp wangi & sedap sbb guna butter + ghee...

SELINGAN
~ Peristiwa Malam 10 terakhir Ramadhan~

i masih teringat sampai skrg 1 peristiwa 'ditegur' oleh seseorang beberapa tahun dulu masa tgh stay up wat kuih raya. biasalah setiap kali menjelang 10 terakhir ramadhan mmg projek biskut raya semakin rancak nak2 lg bila sume adik-beradi dah pulang bercuti, so mmg kitorang akan stay up wat biskut sesama. cuma satu mlm tu just tinggal i, kakak n sorang adik yg tgh pulun nk siapkan biskut kalau x silap dlm mlm ke 27 ramadhan. waktu tu walaupun dah awal pagi, mmg kitorang terover excited skit dgn pasang lagu raya kuat2, sembang x hingat dunia..sambil2 wat biskut sempat lg tuh dok test2 makeup sempena nk melaram di pagi raya! :wave:

tetiba....dlm dok tergelak2 kt dapur terdgr suara org lelaki kt tepi tingkap dapur berdehem 'EHEM' yg cukup jelas seolah2 betui2 sebelah cuping telinga kitorang..saat tu jugak masing2 terdiam! :omg_no: sorang pun x kata sepatah haram...masing2 sambung wat biskut blk sampailaa beberapa min lepas tu i tergerak hati nak tanya ...

'eh, ayah dah blk dr surau ker? kot2laaa ayah nk masuk rumah ker pintu terkunci...'

pastu kakak i pun ckp kejap dia pg check...tup2 dia masuk dapur semula ckp ayah dah masuk tido lama dah dlm blk...abes tu sape yg dok kt luar tingkap tu?? :-O :-O i pun tanya kakak n adik ada dgr x suara org laki td...ingatkan i sorang jek yg dgr..rupa2nya dorang sume dgr...walaupun cuma sekali dia berdehem tp suara tu betui2 menusuk dlm hati mcm disergah gitu...jelas, nyata & kuat kat cuping telinga ni..mmg meremang bulu roma! kakak i yg mmg jenis berani skit gi intai kt tingkap, tp mmg xde sesapa...xde bunyi org menapak pun! saat tu jugak kitorang kemas2 dapur... terus masuk tido :satisfied_nod:

bila sume bgn sahur, tanya kat mummy, ayah ada tegur kitorang bising ker mlm td?..ayah kata xdela blk dr surau terus masuk tido. ermmmmmmmmmm esoknya mmg langit cerah, angin xde...tenang setenangnya langit. sampai skrg peristiwa ditegur 'sesorang' pada mlm tu meninggalkan kesan..terngiang2 kt telinga :you_crazy: $-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016