Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 25-Jun-2009 17:06
Menyambut family hubby...
last week mmg full ngan segala macam xtvt... :weee:

sabtu 13hb aritu family hubby selamat sampai ke Cardiff... walaupun x cukup sorang tp tetap meriah tambah2 lak umah ni mmg teramat2 jarang menerima tetamu :horay: ...sonok giler bila tgk depa dah sampai cuma terkilan pasai weekend tu hubby oncall so masa mama papa dtg terpaksa naik taxi fr cardiff airport ke umah ni :-S ...alhamdulillah sumenya selamat...disebabkan mama papa sampai betui2 tgh so pg tu aft hubby gi kije, ada masa lapang skitt tuk prepare sedikit juadah for their lunch :-D ..since mama n adik bongsu hubby ni peminat Nasi Kerabu Biru so i pun watlaa skit alang2 lama dah x mkn.... papa plak mmg kureng kitt kalau nasi kerabu ni, tp kalau Nasi Dagang mmg fav..so nak bg aci sume berselera wat jugakla sikit Nasi Dagang Kelantan mkn ngan Gulai Ikan :P :P ...sib baiklaa sempat masak before dorang sampai... :satisfied_nod:

mama papa stay kt Cardiff sampai ari Rabu jek...pastu kitorang sama2 terbang ke Ireland tuk attend graduation adik hubby kt Dublin on Friday... mujurlaa hubby dpt cuti seminggu. ari Sabtu on 20th tu pg2 lg me n hubby dah terbang blk Cardiff n family hubby lak terbang blk Masia on d same day...sedih jugak sbb sampai2 jek umah terus terasa cam sunyi giler...bila dok kemas2 blk mama rasa sedih jekk even depa dok sini x lama mana tp terasa sgt2 'kosong'. cuma bila dipikir2kan balik kalau ada rezeki, panjang umur bulan 9 nnti time raya family hubby akan dtg lg visit so rasa terubat kitt...hopefully raya tahun ni lebih meriah sume sekali buleh beraya bersama! :horay:



NOTE: Resepi Nasi Kerabu, Colek Daging Panggang etc dah ada kt list sebelah..harap maklum..



NASI DAGANG KELANTAN
resepi: mamasya ( ubahsuai fr resepi fr MR)

2 cawan beras pulut merah + 2 cawan beras wangi (i xde beras wangi so campurkan 1 cwn basmathi +3/4 cwn beras pulut)
1 tin(400ml) santan pekat
4 ulas bawang putih-dimayang
2 ulas bawang merah-dimayang
1cm halia - hiris kecil2
1 sudu kecil halba
garam, gula

CARA:
1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.

NOTE: since i kesuntukan masa, so lebih cepat kukus guna microwave...

GULAI IKAN TENGGIRI (resepi asal Gulai Ikan Tongkol)
resepi: Sajian di Perantauan @ FP Mamasya

1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 4 keping ikan tenggiri /king fish steak
4 kpg asam keping - buh 1 keping jek sbb i x rebus ikan tu takut hancur
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah/hijau -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,
minyak masak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikan pun boleh

bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia,
1 inci lengkuas,
1 inci kunyit

CARA:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
note: i skip this step sbb ikan tenggiri tu xle masal lama mudah hancur..
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.

masa mama dtg aritu ada bwk sikit sayur batang keladi (dah siap2 disiang) actually nilaa antara stok makanan yg plg dinanti2kan :-> ...hehee mmg sayur fav no1 kalau hadap sayur ni sampai hirup2 kuah dia... :P :-O plan nak masak masa family hubby ada tp asyik x sempat jek so bila depa dah blk br berkesempatan masak asam pedas...alhamdulillah my hubby x minat so i sorang jela yg balun...ngeh3.. sonotnyerr! :ty_ty: Gulai Ayam Nanas tu masak sbb nak abeskan 1/2 biji nanas balance wat pajeri aritu.. hehee akhirnya masa mama ada i berjaya curik2 makan nanas...hubby xle nak kata apa laa pasai kunun2 nk jamu mama papa tp sebenarnya yg ngidam lebih si tukang masak tu! :lol_teethfull: miahahaa :devil_wagging:



ASAM PEDAS BATANG KELADI

batang keladi - siang buang kulit...potong kecik2...rebus sampai empuk & toskan air
1 btg bunga kantan - hiris
sedikit daun kesum
1-2 keping asam gelugur
cili kisar
serbuk kunyit
air tuk kuah
3 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
garam + gula
serbuk ikan bilis
** ikan bilis -tumbuk kasar (optional)

CARA:
1. satukan bhn2 tumbuk, cili kisar, air, serbuk kunyit & asam keping dlm periuk..masak hingga mendidih
2. masukkan kantan & kesum...buh garam + gula & pati ikan bilis...adjust rasa
3. dah mendidih masukkan btg keladi td..masak hingga empuk.

GULAI AYAM & NANAS
resepi: mat gebu (thanks cik mat! gulai ni sgt2 sodap... :P )

1 ekor ayam, potong 12 bahagian
1 biji nenas, kupas dan potong serong2
300 ml pati santan
700 ml santan cair
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 biji buah keras
6 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*
1 inci kunyit hidup yang tua*(*dikisar halus)

CARA:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Masukkan ayam tadi ke dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan jerang atas api sederhana hingga hingga mendidih.
3. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan nenes dan masak hingga ayam masak.
4. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
5. Rasa dan tambah apa yang perlu. Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman

actually b4 mama sampai i dah siap2 wat tempe cadang nk masak Nasi Ambeng tp x sempat pasai we all byk mkn kat luar...so terbiarlaa tempe tu dlm esbok sampai depa blk...ermm last2 i goreng jek guna resepi yg cik nurila (my besfren masa kije dolu) bg aritu sodap gak patut cecah ngan sambal kicap tp i x rajin so mkn ngan lauk kari daging jek...heee jgn mare yekk puan nurila! :groucho:



KARI DAGING MERTUAKU
resepi: Kak Hanieliza

1 kg daging [potong kecil]
5 s/b rempah kari daging
2 s/b kerisek
1 biji kelapa [4 cawan santan]
5 biji kentang [belah 6]
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak
garam

Bahan Tumbuk Kasar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

CARA:
1. Daging dibasuh dan toskan.
2. Perapkan daging dengan rempah kari, kerisek dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga wangi dan agak garing.
4. Masukkan daging, daun kari dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
5. Masukkan santan, kentang dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga naik minyak dan pekat.
7. Hidangkan dengan ketupat atau nasi.

Sup Ekor ni antara juadah yg sempat disediakan tuk family hubby for dinner...ikutkan nak wat Sup Kaki Lembu tp xde rezeki depa masa gi butcher aritu kaki sudah abes kine kebas so tinggal ekor je...heheee sup ni depa makan cecah ngan roti, ada yg mkn ngan nasi putih...resepi ni mula2 Kak Zaiy Dubai yg introduce pastu tgk Mamasya dah cuba...bila try mmg sodap rupanya sbb len drp sup ekor yg selalu kita mkn tu. tq yeee kak zaiy n mamasya! :flowers:



SUP EKOR LEMBU CHEF WAN
Sumber: Blog Zaiy@Kenangan Terindah

125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

CARA:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

NOTE: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



ikutkan i jarang betui wat kek chocolate sbb hubby ni kalau overdose choc kitt mulalaa kine migrain :crazy_dizzy:..last time wat kek choc moist masa anniversary thn lepas...so aritu mmg dah xle tahan sgt teringin nk mkn kek choc ni watlaa skit...mmg puas ati sgt2 ngan resepi cik mat ni kek xde masalah..just nice x kering sgt x moist sgt :ty_ty: ...hubby pun mkn byk xde kine migrain pasai i dah kurangkan quantity choc ganache tu kasi nipis jekk heheeee :-D

MOIST CHOCOLATE CAKE
resepi: mat gebu

1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...

UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi. nak bg smooth permukaan ganache celup pisau dlm air panas kejap pastu ratakan topping...i hias dgn badam & choc masakan putih.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016