Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 26-May-2009 14:27
S e n g a l
ikshh... sejujurnya mmg daku teramat2 MALAS tuk update ini rumah :lol_up:...ini bukan kes dapur x berasap tp mmg kes malas mengedit gambar yg teramat2 sejak 2-3 minggu ni.. :get_you:

actually last week byk gak program dari hari ke hari...selasa lepas wat 1st scanning kt Llandough Hospital aft berkurun menunggu midwife dtg umah :horay: ..alhamdulillah akhirnya slps 4-5x call GP tiap2 minggu tuk wat appointment ngan midwife br terpacul dpn umah tu pun bg alasan line tepon rosak! waduh3... :head_bang: dah masuk 5 bln br terhegeh2 nak gi scan bb :oh_god: ...yelah selama ni mmg risau sgt2 pasal dahlaa 1st bb mmg xde experience lgsung so hanya berbekalkan doa jek ari2 moga2 bb selamat n sihat $-) ...itu pun 3 jam gak laa me n hubby bersidai kt spital tunggu turn...mujurlaa hubby amek cuti sehari ...appoint pkl 2pm settle sume2 pkl 5pm br leh blk...:annoyed:

now tgh excited menunggu family hubby yg akan dtg bercuti ke sini lg 3 weeks tuk graduation adik ipar kt ireland :weee: .. dkt setengah tahun jugaklaa x jumpa mama papa..ermm pasni x tau bila nk blk cuti ke masia yg pasti aft si kecik kuar br buleh pikir pasal ni...hopefully semuanya selamat sampai ... :ty_ty:





NASI BARYANI ni wat 2 weeks lepas...actually teringin sgt2 nak mkn ngan pajeri nanas tp x bape konfiden nk beli nanas... en hubby dah warning awal2...:mkay: mmg dah berbulan laa i 'posa' nanas ni... ermm agak2 kalau mkn sekeping dua bahaya ker?? :-O mmg teliur sgt2 nak mkn pajeri.... :P huhuuu

NASI BARYANI BATU PAHAT
resepi: mrsdayat@myresepi.com

3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis & biji pelaga)
6 ulas bwg merah (blend)
5 ulas bwg putih (blend)
2 inchi halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

CARA:
1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg 3. merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
3. masukkan air..tunggu sampai didih
4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

KUAH DAGING BARYANI
resepi: mrsdayat@myresepi.com

1/2 kg daging lembu (potong kiub)
1/2 biji bawang besar (hiris)
** baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend ** (dr resepi di atas)
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis (bunga lawang,kayu manis, biji pelaga)
3 tbsp rempah baryani
garam
gula
ajinomoto secukup rasa (x bubuh)
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt ( x bubuh sbb xder)

CARA:
1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
4. masukkan daging..gaulkan.
5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
11. buleh la di hidang bersama nasi baryani...

NOTE: resepi Ayam Madu dah ada kt list sebelah..harap maklum...



DESSERT ni lak wat sbb tgk acuan pudding dah masuk setengah taun masih lom rasmi2 lg...heheee since skrg mmg tekak kering manjang so mmg teringin jekk nk mkn benda2 sejuk...tp silap daa wat pudding ni buh biji selasih pasal bila dah kuarkan fr acuan combination kaler buah ( strawberry + kiwi+peach) n selasih tu nampak sebijik cam ikan koi berenang2 dalam kolam mama :-O en hubby tgk sekali pandang terus mati selera! :laugh_at: :yakk:

NOTE: resepi xyah tepeklaa pasai i pun wat main campak jek dlm periuk...yg pasti buh agar2 + air + gula + susu segar + buah2an + biji selasih...mkn bersama evaporated milk)





PROJEK ROTI masih giat berjalan :groucho: ....sejak berjaya wat Mexican Bun aritu dah 4-5x i wat bun yg sama tuk minum ptg...mmg puas ati sgt2... mmg kt sini susah nk jumpa bun berinti mcm kt masia...kalu nak beli roti yg dah siap omputih ni pulak suke buh raisin n cinnamon dlm roti.. kitorang ni lak mmg kureng kitt kismis2 ni.. :satisfied_nod: so terpaksalaa on 'breadmaker cap tulang 4 kerat' result pun cukup2 tuk mkn berdua jela...kali ni try resepi BUN PANDAN (inti kaya) & BUN KACANG MERAH.. i siap2 wat inti byk2 pastu frozenkan cadang next time nk wat bun xyah pening kepala nk pikir inti..heheee best2 :horay: pasni meroti jelaa kijenyer..

BUN PANDAN (inti serikaya)
resepi: onigir@myresepi.com

250 gram tepung roti - i guna strong white bread flour
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
inti: serikaya

CARA:
1. masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
2. selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. 3. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
4. kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit . (tips: tuk save time, i buh dlm oven yg suam2 kuku tuk bg doh naik lebih cepat)5. semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
(tips: if guna fan oven, sila kurangkan suhu 20C)
6. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa. ( tips: aft semalaman, i akan panaskan kejap dlm microwave tuk kasi bun ni gebu mcm br kuar fr oven)

NOTE: resepi inti SERIKAYA dah ada kt list sebelah harap maklum...

BUN KACANG MERAH
resepi: mat gebu

120 ml air ( i guna air suam bancuh sekali ngan gula + yeast)
250 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/2 camca teh garam
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)

BAHAN2 LAIN:-
Inti kacang merah secukupnya
Sedikit mentega utk disapu

CARA:
1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap. (if xde BM leh uli guna tgn jek...cam i heheee)
2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara.
3. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
4. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit).
(tips: i buh dlm oven yg suam2 kuku tuk bg doh cepat naik..shorcut beb!)
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit.
(tips: if guna fan oven sila kurangkan suhu 20C)
6. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

NOTE: resepi inti KACANG MERAH dah ada kt list sebelah..harap maklum...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HUTANG TAQ & AWARD

1st award fr mak uda @ http://sweetnufar.fotopages.com/ tp award ni dtg bersama package tag sekali adeiii...br jek rasanya dpt tag ala2 camni.... $-)


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:

1. mak uda ni terer bab2 baking ni...pejam mata pun buleh kuar kek berketui2! :-D
2. tgh peknen... hehee mom-to-be..tahniah!
3. cikgu tp x pasti ngajo subjek apa... sek mana...nnti pi check blk ngan tuan punyer bdn noo :shy:
4. orgnyer kecik molek sgt2 tomei...x caya gi skodeng kt fp dia :groucho:
5. penakut skit orgnyer...esp benda2 lembik mcm cicakman tu..mengkarung...ular sawa batik etc LOL

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1 minat sgt masak tp ikut mood gak..kdg tu nk rendam maggi pun malas! heheee
2 minat gardening...tp since umah ni xde tanah, so cuma buleh tanam dlm pasu comei2 jela..huhuu
3 minat amek gambar cantik2..rasa puas ati sgt2 bila tgk hasilnyer walaupun kamera cabuk!
4 suka shopping brg2 dapur, umah, perabot etc...kalaulaa umah ni sendiri punyer mesti dah deco sepuas2 ati
5 suka spend masa, lepak2 ngan hubby kt luar or umah... sbb dah selalu sgt kine tinggal dok umah sensorang!
6 suka tgk umah bersih, teratur n kemas sbb tu salah satu terapi tuk tenangkan fikiran
7 suka shopping lauk-pauk, buah2an, bunga2 etc...plg sonok bila gi market!
8 suka bergayut dlm tepon lelama..maybe terbawa2 tabiat sejak couple lg so sampai skrg masih lg kaki gayut ngan en hubby almost ari2 sepanjang dia drive blk kije
9 tak suka sgt bersosial, prefer privacy... teruk kan?!
10 plg suka terima tetamu tp amat2 jarang ada org bertandang ke umah..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

nak tag sapa erk??? rasanyerr ramai yg dah kine tag camni...so xyah tag sesapa laa...selamat! :-D

2nd TAG pulak dpt fr ummiaqil @ jepun nun...serik dah peram tag lelama..makin lama makin liat nk jwb so i submit asap :satisfied_nod:

When was your engagement?
04/03/07

When is your marriage anniversary?
tahun ni kira baru masuk 2nd anniversary laa... 07/07/09

How long you know your spouse?
kiranya pestime jumpa masa F4..tp satu kelas masa F5..time tu wat2 x kenal jek pasai dua2 juai mahal! hahaa aft SPM br start berkawan 'long distance' selama 7 thn sampai dua2 dah grad n bekerja... :cloud9:

How long did you date before you got engaged?
heee couple 5 thn masa kt uni dulu tp sempat break 2 thn terakhir masa study pastu sambung blk aft masing2 dah bekerja :hiding: x sampai sethn pastu bertunang, 4 bulan aft terus kawin. fuh, selamat!

Where did you meet your spouse?
Kat mrsm jasin melaka..masa tumpang kelas dia subjek BM.. :-D

Do you have any children?
ada sorang dlm perut..lom kuar lg! heee :-D

Do you have any pets?
xde..sbb x gemar menatang..geli skit!

Do you own or rent?
rent laa pasai dok kt negara org....

Do you live in the country,city/town?
Skrg kt Cardiff, Wales

What is your favourite activity you do together?
both of us suke tgk movie, main bowling, lepak2 coffee house & mkn angin

Do you have a favourite vacation spot?
ada..dua2 minat tempat2 bersejarah n pulau2..

How many siblings do you have including in-laws?
i ada 7 beradik...
hubby lak 4 beradik...

What mosque do you attend?
last sekali pi masa terawikh thn lepas $-) masjid kt cardiff ni..apa tah nama dia..

Is this the mosque you got married in?
eh bukan2..kitorang akad nikah kt umah... ;-)

What town is your current address?
Cardiff, UK

Do you work or stay at home?
now dok umah jek...tingin jugak nk bekerja blk tp maybe aft blk masia nnti kot..insyaAllah.

Where did you go for your honeymoon?
Istanbul...

Leave a piece of marriage advise.
kenal dulu pasangan betul2 sblm kawin..kalau perlu break tuk bg masa demi kebaikan bersama, terimalah ngan hati terbuka & pikir sedalam2nya...aft kawen kine byk berkorban...terimalah pasangan seadanya sbb setiap org ada kekurangan dan kelebihan...plg penting sayangi dia seikhlas hati, berikan sepenuh perhatian, doakan yg terbaik buatnya dan rumah tangga...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016