Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 3-Apr-2009 14:22
seminggu yg mengenyangkan!! burrppp....alhamdulillah :D
haa yg ni mmg i ngaku juadah tuk seminggu :shy:...mmg skrg ni selera mkn xle tahan wooo...setiap jam asyik dok pikir nk mengunyah jekkk :noway: tu sbb masa lebih byk spend kt dapur drp depan laptop :you_crazy:

aritu sambil2 dok tgk rancangan Ole-ole Chef Wan nampak dia masak LAKSA SIAM..meleleh tgk! nak2 pulak mmg i hantu laksa... :P sblm ni penah dgr org dok ckp laksa siam ni sedap tp x penah rasa...so alang2 bhn pun cukup trylaa wat seperiuk..2 ari gaklaa i mkn laksa ni LOL lepas kempunan..tp ermm skrg ni dok teliur LAKSA JOHOR la pulakk :head_bang:

minggu ni saja dah 2x masak BUBUR NASI ni pasai apa tah tetiba jekk tekak dok cr bubur..ngalahkan org sakit! :hiding: tingat dulu masa zaman uni almost setiap ptg i akan beli claypot chic porridge kat cafe...tu laa bubur plg sedap sampai arini teringat2 lg.. :cloud9:



LAKSA SIAM
resepi: Chef Wan

600gm Laksa kering – rebus sampai empuk & toskan
600 Ikan cencaru/kembung – rebus, kemudian kisar isi & simpan air rebusan

Ulam (hiris/mayang):
Timun
Cili masak/padi
Nanas
Bwg besar
Asam limau
Bunga kantan
Daun mint

Bhn kisar:
5 ulas Bwg merah
5 ulas Bwg putih
6 biji Cili kering
4 biji cili merah
2 btg Serai
½ s/b Belacan
Kunyit hidup
Lengkuas
** Cili padi (i tambah sbb x pedas)

4 helai Daun limau purut
1 btg Kantan – hiris halus
1 ikat Kesum – hiris halus
2 ikat Daun mint
2-3 Asam keping
I biji kelapa (Santan)
Stok rebusan ikan
Petis/otak udang
Garam + gula

CARA:
1. Tumiskan bhn2 rempah dlm minyak panas sampai wangi
2. Masukkan isi ikan & daun limau purut.. pastu buh stok rebusan
3. Masukkan asam keping, daun kesum, mint & kantan
4. Buh santan..garam + gula & otak udang..masak atas api sederhana sampai pekat & naik minyak
5. Hidang bersama bhn2 tabur




BUBUR NASI AYAM

1 cwn beras
air ( x sukat laa pulak..buh laa byk2 pun kalau x pekat leh tambah lg air)
1 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg putih - tumbuk
3 biji cili padi - tumbuk
1 inchi halia - hiris
isi ayam - potong kecik2
garam+gula
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
1/2 ketul kiub pati ayam
sayuran kegemaran e.g carrot, kailan etc.
sesame oil/minyak bijan (bhn wajib...kalau x buh x best!)

bhn tabur: sesame oil, coriander cincang, bwg goreng

CARA:
1. satukan beras+air+bhn2 tumbuk+halia+isi ayam+kiub ayam dlm periuk..masak sampai beras kembang
2. masukkan bhn2 perasa & sayuran...masak atas api sederhana sampai pekat..kalau pekat sgt tambah air skit
3. last sekali masukkan sesame oil...hidang panas2 ngan bhn2 tabur...nak lg 'kaw' buleh tumbuk ikan bilis goreng or mkn ngan telur asin... :P

mmg dah lama dah nk try resepi KARIPAP PUSING Lynn & Inti Karipap Sedap Joayee...ramai dok puji sedap..nak2 pulak kitorang kt umah ni mmg peminat karipap..selalu wat byk2 pastu frozenkan.. smlm i wat mmg menjadi & puas hati sgt2..inti pun cepat & sedap..mekasih byk2 kt kedua2 tuan punyer resepi... :flowers: :flowers:

KUIH LAPIS ni mmg fav... sejak i try resepi kak liza ni mmg i stick to this recipe..just nice sukatan dia..x keras sgt, x lembik sgt.. yg penting buleh dibukak selapis demi selapis.. mmg i saje guna acuan kecik2 tu sbb malas nk potong2.. :-D



NOTE: resepi kuih lapis dah ada kt sblh..harap maklum...



KARIPAP PUSING
resepi: lynn@myresepi.com

*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

CARA:
1 : margerine + crisco, diuli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
4. canai... Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
5. Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong, kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
6. Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
7. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
8. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

NOTE:
1. Resepi asal diambil dari forum cari.
2. Utk cara2 menggulung buleh refer kt >> http://www.myresipi.com/top/detail/167

INTI KARIPAP SEDAP
resepi: joayee@myresepi.com

600gm potato - potong dadu
150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging - potong halus
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
1 sb bawang putih kisar
2 sb gula
1 1/2 sb garam
1 asam keping

CARA:
1. Dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
2. kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potatato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut.
3. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap.
4. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
5. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

LAUK-PAUK sepanjang minggu ni..plg best SAMBAL BELACAN cecah ulam lawan lak ngan KARI AYAM :P ...kacang botor tu joh dtg dia fr London..2 weeks lepas kitorang turun London so sempat singgah ke Chinatown :-O ...mmg syok giler pi sana mcm2 ada...asal nk cr PETAI jek tp x jumpa :-( yg jumpa buah DURIAN sampai ke arini masih terbau2 lg nyesal x angkut sebijik aritu :cry: huarghhhhh....

tp sapa sanggup woo beli durian sebiji RM150 yg lom tentu elok isi dalamnyerrr... pastu kine angkut ke hulu ke hilir naik tube...wa x sanggup wooo!! :laugh_at: :annoyed:



CENCARU MASAK KUALI (resepi asal KEMBUNG MASAK KUALI)
resepi: che' iza@myresepi.com

1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
4 sudu besar lada boh / cili giling
* 3 biji bwg merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 btg serai
1 sk halba
1/3 cwn santan pekat
2 sb air asam jawa
garam, gula and perasa (i gantikan pak aji ngan serbuk pati ayam)

CARA:
1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.



GULAI atau KARI AYAM
resepi: kak hanieliza

1 ekor ayam [dipotong 12 dibersihkan & ditoskan]
1/2cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
5 biji ubi kentang [belah 4]
3 biji tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
garam
** gula (i tambah)
** 1 asam keping (i tambah)

BahanTumis:
6 ulas bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia (dimayang)
3 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

CARA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/cili mesin yg dibancuhkan dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang , santan, kerisek dan garam. Biarkan sehingga mendideh dan ayam & kentang empuk/lembut.
4. Perlahan api dan masukkan tomato dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan bersama nasi atau roti atau pulut/ketupat.



HATI GORENG BEREMPAH

semangkuk hati lembu - potong kecil (perap dgn garam, serbuk kunyit +1 s/b serbuk kari daging)
minyak masak
3-4 tangkai cili kering
1 inchi halia - hiris
1/2 labu bwg besar - mayang halus
kacang botor/kacang panjang

CARA:
1. panaskan minyak skit..goreng dulu hati sampai masak...
2. kemudian masukkan halia + cili kering..goreng ...
3. masukkan kacang, bwg besar .. adjust rasa...siap

KAILAN GORENG IKAN MASIN
resepi: bayu-tt@myresepi.com

sayur kailan-dipotong
1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol) - potong kecik2 ( since i xde ikan jeruk so guna ikan kurau masin..tp kine guna skit jekk sbb ikan ni masin sgt2)
1 sd(k) air dr botol ikan masin td - x buh sbb i guna ikan masin yg kering
1 bj bwg besar - dimayang bulat
1 inci halia - diketuk
bwg putih - diketuk
1 sd(b) sos tiram
1 sd(b) sos ikan / nampla
sedikit air asam limau nipis
myk untuk menggoreng

CARA:
1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td



COLEK IKAN KEMBUNG ( resepi asal COLEK IKE TENGGIRI)
resepi: zaliana@myresepi.com

4 keping ikan tenggiri - i xde tenggiri so gantikan ngan kembung
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar (hiris)
** nampla ( i tambah)

UPDATE: lupa nak beritahu..kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang ummphh!!!

CARA:
1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.
3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.



SAMBAL BELACAN
resepi: yani@myresepi.com

1 cawan cili padi ( i tambah 1 biji cili masak merah)
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak

CARA:
1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas (i prefer tumbuk guna lesung...br ummph!!)
4. Siap untuk dihidang

© Pidgin Technologies Ltd. 2016