Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 6-Mar-2009 00:19
ari2 telur goreng...
ermm kalau diingatkan blk rasanyer sebulan lepas lebih kerap kitorang mkn kat luar drp kt umah..pasai kalau mkn kt umah almost ari2 i hidang telur goreng + budu LOL sian en hubby :satisfied_nod: ... nk rendam maggi pun x buleh sbb nnti wife dia jeling mauttt punyer ~ :bitter: almaklumlah i mmg hantu maggi sejak azali miahahaa :devilish:





IKAN/SOTONG BAKAR SIMPLE & AIR ASAM

ikan kembung/ikan cencaru//sotong (dikelar) - dicuci bersih & perap seketika dgn garam + kunyit

Air Asam
1 biji bwg besar - mayang
1 biji tomato - potong kecil
1-2 ulas bwg merah - tumbuk
8-10 biji cili api (or lebih) - tumbuk
1 inchi belacan - bakar dulu
1/2 cwn air asam jawa pekat
sedikit sos cili
sos tomato
sedikit nampla/fish sauce
garam + gula
coriander cincang
extra air

CARA:
1. ikan/sotong dibungkus dlm daun pisang (optional) dan semat kemas dgn lidi
2. bakar dlm oven sampai masak (tuk sotong saiz besar anggaran <10min) jgn bakar lama2 nnti sotong liat
3. sementara tu sediakan air asam...
4. satukan semua bhn2 dlm mangkuk..adjust rasa...kalau nk pekat buleh tambah sos tomato byk2..kalau nk extra masam buleh masukkan jus lemon/lime..

berminggu gaklerr i mkn kering2 nih :shy: ..sume goreng2 belaka $-) tp lepas satu ari tuu kan tetiba jekk terbayang2 kari ikan... :P $-) tup2 jumpa resepi kari ikan mat gebu..sekali hadap terus 'celik bijik mata' uuuuu... :-O sejak tuuu i dah rajin masak2 kt dapur n selera pun bertambah...serius besh giler!! 2 ari berturut2 kitorang bekfast ngan pratha n kuah kari ikan tuuu cecah sampai ke titisan terakhir..macih byk2 cik mat kerna 'membuka selera ku' :ty_ty:



KARI IKAN ALA INDIA
resepi: mat gebu

1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka - i guna king fish steak
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 biji cili merah*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas")

BAHAN2 TUMIS
2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi) - i tumbuk sume rempah ni sampai hancur
2 tangkai daun kari

BAHAN2 LAIN
2 keping asam gelugor
2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak - i gantikan ngan bendi
3 biji tomato, dibelah dua
1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

CARA:
1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan.
2. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
3. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi.
4. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
5. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
7. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.



daging masak hitam manis tu resepi maklang...since hubby suke nau mkn masak kicap i pun masaklaaa skit.... mmg kine ngan selera kitorang tq maklang... ;-)

DAGING MASAK HITAM MANIS
resepi: maklang azie

1/2 kati daging batang pinang - dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan disimpan)
1/2 cawan kicap manis (cap Kipas Udang)
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (Kalu nak pedas, tambah lagi)

Bahan A - (asingkan kepada 2 bahagian)
3 sudu besar jintan manis ] disangai dan
3 sudu besar jintan putih ] dikisar halus
3 ulas bawang putih }
4 ulas bawang merah } dikisar
sedikit halia }
Bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
asam keping
Minyak masak

CARA:
1. Daging yang dipotong/dihiris nipis direbus bersama kicap (simpan air rebusan)
2. Bila daging telah empuk, gaul dengan sebahagian bahan-bahan A. Goreng sekejap sahaja.
3. Asingkan daging ke dalam pinggan. Tumis pula lebihan bahan A tadi. Masukkan cili kering, kacau sebati.
4. Masukkan daging dan air rebusan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
6. Masukkan kicap pekat manis jika ingin nampak daging lebih hitam.
7. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Angkat.



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
resepi: DianaA@myresepi.com

1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua - i x buh sbb xder, gantikan ngan kacang panjang
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

CARA:
1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya.
5. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato ( i buh kacang panjang) dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato (kacang panjang) pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yg kat bwh ni awards pemberian kawan2 siber..mekasih byk2...ermm dlm dok malas2 ni ada jugak yg bermurah ati nk kasi award :hiding: tq2...





yg ni from KAK NOR_Dubai :flowers: tq kak nor... tp x layak rasanyer nk amek 'topi putih' tu sbb kita ni nk wat roti jala pun x lepas lg ni haaa :shy: iksh3...









yg byk2 ni pulak from KAK ZAI_Dapur Impian :flowers: tq kak zai... sori sgt2 lambat gantung award ermm rasa ceria pulak dinding 'umah' ni skrg heheheee :-D...

mamahannani > wkmslm... :-> ooo org cardiff jugak erk?? akak dok mana? ;-) ermm kes teliur laa ni erk..hik3.. LOL LOL ikan yg shima bakar tu ikan kembung a.k.a indian mackerel beli kt global..saiz besar2 tu yg sesuai bakar tuu..pastu yg goreng tu pulak ikan sardin pun beli kt global gak...king fish steak tu shima beli kt bazaar masala...rasanyer kat global pun byk..senang x payah pi byk2 tempat..kalau akak nk lg sedap bakar ikan cencaru laaa...lg masyuk cecah air asam..sume2 tu buleh cr kt global jek.. :P selamat memasak ye! :ty_ty:

© Pidgin Technologies Ltd. 2016