Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 7-Oct-2008 10:16
~~ JUADAH RAYA~~
actually tahun ni kali ke2 beraya di UK tp this year terasa skitt kemeriahan beraya sbb dok Cardiff n ramai kwn2 melayu... open house berderet2.. :weee: kalau tgk org sini beraya mengalahkan org masia ~ dr pagi sampai ke mlm kaki mcm nk tercabut byk sgt berjln..mulut x berenti mengunyah

UK beraya hari selasa :horay: ... tp disebabkan hubby x amik cuti lgsung jd tinggal laaa bini dia terkebil2 ngadap juadah raya sorang2 kt umah...dgr takbir pun kt youtube jek $-) sedih tu xlaaa sgt sbb mlm raya tuh dah dpt jemputan beraya ke umah kak haini so excited betui

thn ni pestime i terpaksa masak juadah raya sendiri :oh_god: ...thn lepas sume juadah imported fr masia coz my family in laws sume beraya kat sini disebabkan lgsung xde pengalaman memasak rendang, lemang etc.... jd terpaksalaa berguru secara 'siber' :-O alhamdulillah dpt jgak merasa lemang, nasi himpit, rendang, lontong etc.. mekasih yer cikgu2... esp kak hanieliza & etc.



RENDANG DAGING
resepi: kak lieza :P

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam
** 5 helai daun limau purut ( i tambah sbb dulu tgk my mum selalu bubuh)

Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri ( i guna cili masak jek sbb xnak pedas melampau)
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

CARA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.



KUAH KACANG IBUNDA
resepi: kak Rinnchan

300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 sudu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

CARA:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

TIPS KAK RINN:
** Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
** Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.




LEMANG PERANTAU
resepi: kak masriyah

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan
sedikit garam
Daun pisang
Aluminium foil

CARA:
1.Basuh beras masukan santan dan sedikit garam dan masak dengan menggunakan api yang perlahan.
* Kalau nak kukus boleh juga*.
2.Bila dah masak tekan-tekan sedikit pulut agar pecah bijinya dan dibentuk memanjang.
3.Masukan didalam daun pisang dan digulung
4.Digulung pula dengan aluminium foil dan ikat kemas-kemas kiri dan kanan
5.Bakar didalam oven atau di dalam kuali sampai masak lebih kurang 30 minit.

TIPS:
~ nak senang/cepat kije leh guna penggulung sushi tuh :bad_idea:
~ kalau xder daun pisang pun xper, just guna aluminium foil pun ok sbb pulut tuh takkan melekat kt foil pasal dah dikukus dgn santan so dia sedikit berminyak



NASI IMPIT
resepi: kak lieza

2 cawan beras ( i guna basmathi & long grain)
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

CARA:
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

TIPS:
~ sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.
~ i guna zipper seal sandwich bag saiz 6.6 x 7.1 inch tuk setiap 1 cwn beras
~ i guna rolling pin tuk leperkan nasi himpit supaya rata segenap bucu plastic
~ masukkan nasi ketika masih panas ke dlm plastic
~ sambil2 leperkan dgn rolling pin pastikan nasi impit tu ditebuk2 dgn lidi supaya udara/wap panas keluar





LONTONG atau KUAH LODEH
resepi: kak lieza :-D

Bahan sayuran
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil] - i x bubuh
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil] ~ x bubuh sbb xder
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

CARA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.



HOMEMADE TAUHU
resepi/tips: mamasofwat :cloud9:

quoted fr mamasofwat :
''sorry yerk tkder sukatan..tp dont worry..InsyaAllah menjadi..cuma tk sure thn berapa lama, sue ltk bekas rendam dlm air garam kasi lemak skit..simpan dlm petiais 4 hari masih elok lg..

Rendam kacang soya kira2 6 jam..basuh bersihkan kacang mcm biasa..klu ada kulit2 yg tanggal..buang..yg ada kulit tu biar jerlah..tp kena basuh bersih2 nanti masam..pastu blander,
sukatan air..tipsnya separuh daripada kacang..tp boleh tambah cumanya jng terlalu cair...pastu tapis , guna kain jarang..buang hampass.
letak atas api...kacau, tak perlu tunggu sehingga betoi2 mendidih cukup sekadar naik gelembung2 kecil jer..pastu letak cuka.
cuka pun tkder sukata .. ltk skit2 dulu..nanti dia outo membeku..klu tengok masih ada sisa tk membeku tambah cuka..tp jng curah bnyak2 tau nanti masam..
kemudian bila dah nampak semua berketul...tutup api..ambil tauhu2 ketul jer..buang air jernih...angkat dan masuk kedalam bekas 4 segi (bekas aiskrim)sebelum tu lubangkan bekas tu part bawah, letak kain jarang.. curah jer tauhu beku td, tunggu sehingga air jernih yg berbaki kering..tutup tauhu dng bahagian kain tadi..tindah dengan barang berat di atas dia supaya padat.Pandai2 yer ejes bekas tu..klu rasa skit..cari bekas kecil..Ikut ler camner acuan yg di kehendaki''

TIPS:
~ i blend kacang soya guna sukatan 1 cwn kacang direndam + 1 cwn air
~ slps diperah dgn kain, i tapis lg pati soya tuh 2x guna penapis teh sebelum masak dlm periuk supaya serdak2/hampas dia abes
~ tauhu yg disimpan dlm peti sejuk tahan seminggu dlm air garam ( berdasarkan experience)




sebelum menjelang raya tu sempat lg tambah 2 jenis biskut raya :hiding: dek tergoda ngan sekut makmur n green princess kak hanieliza i pun watlaa sebalang dua :shy: even biskut last yg siap tp 2 jenis biskut tulaa yg plg cepat abes kat umah ni sbb kitorang mkn mcm nasi LOL LOL LOL



BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : majalah saji sept'07 @ kak hanieliza's FP

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

CARA:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.


BISKUT MAKMUR
resepi: kak lieza jgakk LOL

Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

CARA:
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

p/s: gambar OPEN HOUSE akan menyusul dlm next entry okies ;-)
kak zaiy > laaa kak zaiy ni mcm x tau jekkk i kan berdua jek so masak bukan byk nau tu sbb leh leh masak mcm2 :-D :shy: lgpun raya 1st tuh testing2 dulu resepi tuk masak secara besar2an for open house aritu :groucho:
hajar > wkmslm.. :> kalau kita dok dkt kompem licin balang sekut raya umah akak sbb i dah jemu dok ari2 balun sekut sendiri...gi beraya umah org segan nk mkn sungguh2 sekut :shy: tp kalau umah akak huh...pedulikkkk :lol_up:
mamaAina > wkmslm.. :-) kalau der si kecik molek rasanyerr raya kitorang mkn sekut meri je kot...x kuasa nk gentel2 kt dapur LOL :-D
ctnik > laaa cian nyerr ct..xper2...raya haji x lama lg leh wat sebatang dua lemang hehhee ;-) sedap mkn ngan rendang :-P cubalaa nnti ct lepas rindu dendam nk mkn lemang cam org msia :-D
nor > wkmslm... kak nor aritu bln posa i dha rasa kurma fresh tuh mmg best gilerrrrr :horay: rangup erkk manis2 kelat giteww bila mkn tingat kat akak :cloud9: nway kalau dok dkt2 mesti umah akak umah 1st i gi serbu..sajeeee nk tgk 'bakal menantu' pakai baju melayu mesti hensem :weee:
dapur impian > salam lebaran jgak buat kak zai :> mujurlaaa raya aritu der angin R sepoi2 bahasa..kalau idok jd cam raya haji thn lepas i masak 'cik din' jekk satu tin LOL $-)
putrimlm > mmg teringin sgt2 nk solat raya..tp dah 2 thn dok sini lgsung x berpeluang nk gi solat n dgr takbir raya...sedih2 :-(..
dOd > wkmslm... :ty_ty: err achik masih guna powerpoint laaa :shy: selagi achik dilla x bukak kelas tutorial editing terpaksalaaaa achik godek ngan powerpoint jekk :-S mana reti nk bukak sware canggih2 ni :-O kan upin kan?? (betui3)... LOL
ummi ct > wkmslm ummi... :-D alhamdulillah xde kejadian tyercekik di pagi raya aritu :lol_teethfull: sonoknyerr kalau der kt masia kan ummi..leh wat open house jemput kwn2 siber mesti meriah abes satu kampung :wave:
jasmeen > haaa sbb tulaaa i x tepek gambar raya ngan cik abe sbb takut akak x kenal :satisfied_nod: sekali pandang mcm sepupu doraemon pun ader LOL LOL jom arr kita sambung project kuih raya kt umah ni pun dah tinggal beberapa jenis (tp masih x puas balun lgik) :-S
lee lin > elehhh tipuuuu :laugh_at: :annoyed: org kt masia lg meriah ngan makanan siap der dodol bagai...ketupat palas etc..ampess tui!!
zira > wkmslm... :-D raya ala kadar jekkk :shy:
mamasya > haaaa cik abe mmg byk tlg mama...dia tlg makana sampai tersadai atas sofa :lol_crash: yg bersilat sorang jekkk LOL sekut princess tu sedap betuiii mmg thn dpn wajib wat byk2 ;-)
wawa > alaaa kak wa..i msak tuk 2-3 org mkn jekk so xla wat berperiuk2 juadah tuh..ambik syarat tuk raya jekk :>
mariam > ikshh mariam tuh juadah tuk kitorang berdua mkn raya 1st aritu.. yg juadah open house len skit :-D
azlieda > akak jgn x tau i ni kalau raya mmg sekut tuh pulun mcm nasi LOL LOL rajin wat tp lg rajin makan :lol_up:
aishah@ummiaqil > ikshh bertuah bdn kalau cik abe tlg kupas bwg.. idoknyerr dia nk tlg...tlg mkn aderlaaa :argue_curse: tambah2 pulakk dia kije raya aritu :oh_god: selamat beropen house yerr ;-)
ina_saly > betui tuh kak inaa...kalau xde si kecik molek mcm2 leh wat kt dapur tuh :weee: setahun sekali masak mmh sonok erhhh :ty_ty: lg sonok bila dpt mkn juadah cam masia :-D tempe n tauhu tu wat awal skit so xlaaa penat sgt :-)
mamafami > selamat hari raya mama!! :ty_ty: wahhhhh sonok erhh berchit chat ngan mama smlm..sempat wat kelas swiss roll lg tuh..macih3... :shy:
jeff > yaaaa betuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiii :lol_up:
inaa > wkmslm... kalau kita dok berjiran mmg sonoklaaa kak inaa leh tukar2 juadah kan di pagi raya cam kat masia.. ;-)
mr & mrs hizb > eeiiii tu lemang sepiring tuk kitorang berdua jekk balun fraya 1st aritu...mmg limited edition :-O time open house i wat extra .. buleh muntah darah tetamu nk abeskan 15 btg lemang :hopeless: LOL
zairieza > kalau umah akak sblh umah i ~ pg2 raya lg pas blk masjid i dah serbu awal2 lgikk :-D amacam ada berani ker nk dok umah sblh?? :groucho:
aie >uikshh x kenyang lg ker raya aritu kt kampung?? :-O LOL
azian > mmg berbeza sungguhlaaa sambutan raya thn ni ngan thn lepas... :cloud9: kalu thn lepas bju raya lgsung x sarung tp thn ni berkali2 kuar masuk washing machine sbb x cukup baju kurung :shy: alaa kak azian lg sonok beraya kot sbb der ahli baru ;-)
rozamy > sbn ikutkan plan kitorang mmg patut balik masia beraya thn ni...tp xde rezeki tu yg balas dendam abes kt sini wat juadah betui2 cam juadah org masia ;-) :-P mujur x kacau dodol jekk sekawah kt blkg umah ni haaa LOL LOL LOL
kak za > salam kenal kak za.. :-D sonoknyerr kalau dpt jumpa akak kt cardiff ni..aritu kak al sekeluarga ader dtg beraya :> bertuah bdn akak dpt husb yg rajin masuk dapur.... ;-) :-D mekasihlaaa sudi mencuba resepi2 yg x seberapa kt sini... :shy:
tulip77 > ya betuiiii :satisfied_nod: kalau kt masia menjelang raya tuh anak dara tlg kupas bwg jekkk LOL :shy: tp bila dah jd mak dara sume turun pangkat jd bibik dr kupas bwg sampai ke sental bontot kuali LOL sume kine wat sendiri!
fazarina > :-D kak rina kalau wat umah terbuka kompem kine serbu punyerrr kwn2 siber keliling pinggan :weee:
kak anum > heee kak anum kalau dok dkt2 ngan i... x jemput pun lg ke umah pg2 lg muka i dah terpacak dpn pintu umah akak :scared:
shue > kak shue!!!!!!!!!!!!! :ty_ty: rindunyerrr kat akak x puas kita brborak aritu..mailaa cardiff lg pasni i masak tuk akak n kak haini lak yer ;-) x bestlaaa open house aritu akak x mai sunyi jekk :-S
kak liza > tq kak liza share resepi tu sumer..kalau x kerana resepi2 tu x merasalaaa nk juadah raya kat sini :-(
moi > eleh kak moi..sblm akak serbu umah i..i awal2 lg dah serbu umah akak..bkn nk mkn tp nk posing atas sofa blkg langsir cun tuh LOL :-D
kak za > tu arr kak za..ramai malaysian kt cardiff ni skrg..sekali berhimpun x muat dewan..kalau akak ader mesti sonok erkk leh kenal2...psst budu pun dah ader jual kt cardiff ni :-D

itik GeMbO-gEMbO...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016